'Hanya libat sedikit kenaikan di Johor'

Zahari (tengah) mempamerkan produk air bunga telang pada Himpunan PeladangNita Peringkat Negeri Johor di Persada Johor, Johor Bahru pada Selasa.
Zahari (tengah) mempamerkan produk air bunga telang pada Himpunan PeladangNita Peringkat Negeri Johor di Persada Johor, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengarahkan jabatan pertanian dan perikanan negeri Johor memantau kenaikan harga barang bagi mengelak peningkatan ketara di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, walaupun kenaikan harga berlaku khususnya melibatkan hasil pertanian di negeri ini, namun ia hanya melibatkan sedikit kenaikan.

"Kita tahu peningkatan hasil-hasil pertanian ini akibat banjir yang berlaku, sebahagiannya dan kita dah minta pihak jabatan pertanian, perikanan untuk pantau.

"Kita juga akan dapatkan laporan terus daripada mereka dalam usaha memastikan jangan ada peningkatan yang besar," katanya setelah menyempurnakan Himpunan PeladangNita Peringkat Negeri Johor di Persada Johor di sini pada Selasa.

Zahari berkata demikian bagi mengulas berhubung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

Sementara itu, pihaknya mahu melihat lebih banyak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), mencapai tahap peladang jutawan.

Katanya, sasaran itu dilihat mampu dicapai apabila 11 PPK telah berjaya mencapai tahap berkenaan (peladang jutawan) pada 2021.

"Pada 2000, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) hasilkan empat peladang jutawan dan pada 2021 (11 peladang jutawan).

"Sekarang kita tunggu bagi 2022 pula," katanya.

Semua pihak terutamanya melibatkan jabatan pertanian dan jabatan perikanan diminta terus memantau kenaikan harga barang di pasaran ketika ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip, pemantauan berkenaan secara keseluruhannya bertujuan agar tidak berlaku peningkatan yang besar dalam kenaikan berkenaan.

"Memang ada ada sedikit kenaikan (harga barang), tapi tak libatkan peningkatan yang besar.

"Kita tahu, peningkatan hasil-hasil pertanian ini akibat banjir yang berlaku, sebahagiannya dan kita dah minta pihak jabatan pertanian, perikanan untuk pantau.

"Kita juga akan dapatkan laporan terus daripada mereka dalam usaha memastikan jangan ada peningkatan yang besar," katanya setelah menyempurnakan Himpunan PeladangNita Peringkat Negeri Johor di Persada Johor di sini pada Selasa.

Zahari berkata demikian bagi mengulas berhubung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

Sementara itu Zahari berkata, pihaknya mahu melihat lebih banyak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), mencapai tahap peladang jutawan.