USAS sedia kolaborasi WUIF jalankan program berteraskan al-Quran

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusoff (lapan dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff (tujuh dari kanan), wakil Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah (enam kiri) menunjukkan sokongan Misi Surah Al-Insan dan Quran Corner selepas sesi perbincangan di USAS.
Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusoff (lapan dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff (tujuh dari kanan), wakil Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah (enam kiri) menunjukkan sokongan Misi Surah Al-Insan dan Quran Corner selepas sesi perbincangan di USAS.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sedia berkolaborasi dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam menjalankan program-program berteraskan al-Quran.

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusoff berkata, pihaknya ingin bekerjasama dengan WUIF dalam pembangunan kandungan-kandungan baharu yang boleh dimasukkan dalam platform YouTube USAS TV.

"Kami sangat berbesar hati sekiranya pelbagai program al-Quran yang diterbitkan oleh WUIF turut dimuat naik di laman YouTube USAS TV seperti My #QuranTime.

"Selain berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak WUIF dalam pembangunan kandungan-kandungan baharu yang boleh dimasukkan dalam platform YouTube USAS TV dengan gabungan buah fikiran daripada kedua belah pihak.

“Kami juga merupakan antara universiti yang mempunyai fasiliti TV yang terbaik dengan kelengkapan seperti layar hijau (green screen), bilik rakaman podcast, multimedia dakwah, IT serta kepakaran yang cukup dari segi pengurusannya," katanya pada Khamis.

Tambah beliau, platform tersebut terbuka untuk dimanfaatkan oleh fakulti-fakulti di USAS.

"Saya amat berharap dengan ilmu dan pengalaman yang ada, pihak WUIF dapat membantu pihak USAS untuk memperbanyakkan lagi kandungan di platform USAS TV," ujarnya.

Terdahulu kunjungan dari WUIF ke USAS itu diakhiri dengan sesi penyerahan al-Quran wakaf kepada pihak USAS agar universiti tersebut dapat mengaktifkan Quran Corner yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga USAS.

Pengaktifan Quran Corner berkenaan bertujuan dapat menjadi ruang rehat yang sering dikunjungi oleh warga USAS sekali gus menambah baik kualiti kerja setelah menghabiskan rehat dengan membaca al-Quran.