AS-Filipina perluas kerjasama 'kawasan strategik'

Austin (tengah) memeriksa perbarisan kawalan kehormat sejurus tiba di Jabatan Pertahanan Negara di Kem Aguinaldo di bandar Quezon di Manila pada Khamis. - Foto: AFP
Austin (tengah) memeriksa perbarisan kawalan kehormat sejurus tiba di Jabatan Pertahanan Negara di Kem Aguinaldo di bandar Quezon di Manila pada Khamis. - Foto: AFP
A
A
A

MANILA - Amerika Syarikat (AS) dan Filipina pada Khamis mengumumkan kesepakatan untuk memberikan akses kepada tentera AS ke atas empat lagi pangkalan di seluruh negara kepulauan tersebut.

Perjanjian untuk memperluaskan kerjasama 'kawasan strategik' di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkatkan (EDCA) itu dibuat ketika lawatan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Difahamkan ECDA yang dimeterai pada 2014 terhenti di bawah pentadbiran bekas Presiden, Rodrigo Duterte, namun penggantinya, Ferdinand Marcos Jr mahu mempercepatkan pelaksanaannya.

Di bawah perjanjian ECDA yang diperluaskan itu, Washington akan diberikan akses terhadap kira-kira sembilan pangkalan tentera, namun lokasinya tidak didedahkan.

Media tempatan pula melaporkan sebahagian besar pangkalan baharu itu adalah di Pulau Luzon, daratan Filipina yang paling hampir dengan Taiwan yang kini berdepan ancaman Beijing yang semakin meningkat dan barat Pulau Palawan berhadapan dengan Kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian multilateral di Laut China Selatan. - AFP