Polis tahan dua lelaki pistol dirampas

Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan kedua-dua pistol dan peluru yang dirampas daripada dua suspek dalam kes berasingan dirampas ketika sidang akhbar pada Rabu.
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan kedua-dua pistol dan peluru yang dirampas daripada dua suspek dalam kes berasingan dirampas ketika sidang akhbar pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua lelaki termasuk seorang warganegara Thailand ditahan kerana dipercayai memiliki pistol yang dibeli dari negara jiran dengan harga RM4,000 ke negara ini pada Rabu.

Suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan dalam kes pertama di sebuah hotel bajet di Rantau Panjang susulan maklumat berkaitan pergaduhan suami isteri diterima kira-kira jam 2.39 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan dibuat oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Pasir Mas dan balai Polis Rantau Panjang.

Barang kes termasuk pistol yang dirampas polis dalam dua serbuan pada Rabu.
Barang kes termasuk pistol yang dirampas polis dalam dua serbuan pada Rabu.

“Hasil pemeriksaan menjumpai sepucuk pistol model 213 9x1 9 milimeter (mm) Norinco bersama sembilan peluru 9 mm di dalam sebuah beg galas. Turut ditemukan dan dirampas, tiga telefon bimbit, wang tunai RM86, 20 Thai Bath dan pasport.

“Semakan pasport suspek tiada sebarang cap masuk ke negara ini dan dia mengaku datang melalui pangkalan haram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek yang positif metamphetamine itu ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, 8(a) Akta Senjata 1960, 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, dalam kes kedua, melibatkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun selepas penemuan sepucuk pistol jenis Revolver di sebuah rumah di Kedai Meranti, Pasir Mas jam 4.30 pagi.

“Serbuan asalnya berkaitan dadah dan siasatan awal suspek memberitahu membeli senjata itu di Thailand pada tahun 2017 dengan harga RM 2,000.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif pemilikan senjata api berkenaan,” katanya.