1,379 mangsa banjir di Johor masih di 17 PPS

Anggota APM memantau keadaan banjir di Jalan Kuala Paya, Buloh Kasap, Segamat pada Selasa. - Foto ihsan APM Segamat
Anggota APM memantau keadaan banjir di Jalan Kuala Paya, Buloh Kasap, Segamat pada Selasa. - Foto ihsan APM Segamat
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini ditutup menjadikan mangsa banjir kini seramai 1,379 orang melibatkan 378 keluarga di 17 PPS setakat jam 8 malam Selasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, lima PPS berkenaan melibatkan tiga daerah yang ditutup antara jam 12.45 tengah hari sehingga 2 petang selepas banjir surut di kediaman masing-masing.

"Di Segamat, penutupan PPS melibatkan Balai Raya Kampung Padang Kiambang yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Padang Kiambang.

"Di Kota Tinggi satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Hutan Lesung juga ditutup yang memberi perlindungan kepada mangsa banjir dari Kampung Telok Hutan Lesong," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, di Mersing pula, tiga PPS ditutup iaitu di Politeknik Mersing, SK Bandar Mersing dan SK Tenglu yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Che Wook, Kampung Sri Pantai, Kampung Bahagia, Kampung Sri Lumpur dan Kampung Sri Bayu, Kampuyng Air Papan serta Kampung Tenglu.

Menurutnya, Batu Pahat masih mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 919 orang daripada 254 keluarga di tujuh PPS.

Di Kota Tinggi ujar beliau, seramai 223 orang daripada 59 keluarga berada di empat PPS manakala di Mersing, 147 orang daripada 38 keluarga ditempatkan di tiga PPS dan Segamat, 90 orang daripada 27 keluarga di tiga PPS.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua jalan yang terjejas sebelum ini sudah dibuka sepenuhnya untuk laluan kecuali di Mersing iaitu di Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang masih ditutup.

"Begitu juga di Kulai iaitu di Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh," katanya