JPBM Johor hantar bekalan makanan ke Pulau Sibu, Aur

Anggota JPBM menyalurkam bantuan berkenaan pada Selasa.
Anggota JPBM menyalurkam bantuan berkenaan pada Selasa.
A
A
A

MERSING - Sebanyak 2,405 kilogram (kg), bekalan makanan berjaya dihantar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) ke Pulau Sibu dan Pulau Aur yang terputus hubungan akibat keadaan laut yang bergelora selain cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pemangku Pengarah JBPM Johor, Mohd Rizal Buang berkata, operasi khidmat khas (Logistik Banjir) itu dijalankan berikutan permohonan daripada pihak Pejabat Daerah Mersing bagi membantu penduduk di kedua-dua pulau berkenaan yang tidak dapat keluar bagi mendapatkan bekalan asas berikutan keadaan cuaca semasa.

"Khidmat khas Logistik Banjir ke Pulau Sibu dan Pulau Aur, Mersing telah digerakkan pada jam 12.10 tengah hari Selasa.

"Operasi yang dijalankan menghadapi pelbagai risiko seperti tiada kawasan pendaratan yang sesuai, faktor air pasang, cuaca yang tidak menentu serta faktor angin kencang di kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, kecekapan juruterbang JBPM berjaya menyelesaikan operasi tersebut dan memastikan bekalan berkenaan disampaikan di kedua-dua pulau terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk rekod, penghantaran bekalan makanan berkenaan dibuat menggunakan pesawat jenis Agusta Westland AW189 yang diketuai oleh juruterbang Penguasa Kanan Bomba I, Wahyudi Mohd Sayuhti.

Operasi turut dibantu empat krew JPBM membabitkan tiga proses penghantaran.

Sementara itu, Mohd Rizal berkata, operasi sedemikian akan diteruskan selepas ini bagai menyampaikan bekalan makanan ke kawasan-kawasan lain pula.

"Operasi ini akan diteruskan ke Kampung Peta dan Kampung Punan, Mersing pada sebelah petang (Selasa)," katanya.