Pemuzik sambilan perlu RM12,500

Alvin (tengah) menunjukkan dokumen berkaitan laporan kesihatannya kepada kumpulan Prestij Melaka sambil diperhatikan isterinya, Ann Lucia Sta Maria, 51 (kiri sekali) di rumahnya di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka.
Alvin (tengah) menunjukkan dokumen berkaitan laporan kesihatannya kepada kumpulan Prestij Melaka sambil diperhatikan isterinya, Ann Lucia Sta Maria, 51 (kiri sekali) di rumahnya di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemuzik sambilan merayu bantuan kos pembelian peralatan pembedahan angioplasty bagi rawatan pembuluh darah di jantung yang tersumbat berjumlah RM12,500.

Alvin Augustus Fletcher, 55, berkata, dia perlu menjalani pembedahan itu di Hospital Serdang namun pihak terbabit memaklumkan kos bagi pembelian peralatan untuk pembedahan itu perlu ditanggung pesakit sendiri.

Menurut Alvin, yang menetap di Kampung Portugis di sini, dia hanya bekerja sebagai seorang pemuzik sambilan dan tidak mempunyai pendapatan tetap, manakala isterinya, Ann Lucia Sta Maria, 51, tidak bekerja kerana terpaksa menjaga dirinya yang sering kurang sihat.

"Memang saya masih bermain muzik, namun pendapatan diperolehi hanya cukup-cukup untuk keperluan seharian termasuk terpaksa menanggung dua orang anak berusia 12 dan 14 tahun yang masih bersekolah.

"Akibat masalah itu juga, saya sering pengsan sehingga menjejaskan pendapatan seharian. Ada pun sekiranya mendapat tempahan bermain muzik, isteri terpaksa ikut sekali kerana perlu mengangkat peralatan yang berat," katanya ketika dikunjungi Prestij Melaka (Prestij) yang diwakili Penasihat Eksekutif Amir Hamzah Aziz, Presidennya Maznah Ibrahim dan ahli jawatankuasa Sandra Dawson.

Alvin berkata, dia mula disahkan ada masalah injap jantung sejak sembilan tahun lalu dan pernah membuat satu pembedahan di hospital yang sama.

"Masa itu, saya masih aktif bermain muzik dan separuh daripada kos pembedahan itu saya mampu tanggung sendiri.

"Tetapi kini doktor maklumkan terdapat dua lagi injap jantung yang tersumbat dan perlu jalani kos pembedahan dengan segera," katanya hospital memaklumkan kos pembelian peralatan pembedahan itu berjumlah RM12,500 perlu ditanggung sendiri oleh pesakit.

Artikel Berkaitan:

Alvin sempat menunjukkan bakatnya bermain gitar di hadapan Penasihat Eksekutif Prestij, Amir Hamzah Aziz.
Alvin sempat menunjukkan bakatnya bermain gitar di hadapan Penasihat Eksekutif Prestij, Amir Hamzah Aziz.

Ujar Alvin, dia juga ada membuat permohonan bantuan menerusi Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang bagi mendapatkan pembiayaan kos peralatan tersebut namun masih menunggu jawapan.

Sementara itu, Hospital Serdang yang dihubungi Sinar Harian memaklumkan pihaknya baharu sahaja menghantar permohonan bantuan tersebut ke Kementerian Kesihatan pada 22 Mac lalu dan ianya masih dalam proses pertimbangan.