15 kes kemalangan direkodkan di Rompin

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemanduan dan sentiasa patuhi undang-undang jalan raya terutamanya semasa memandu di waktu hujan. - Foto IPD Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemanduan dan sentiasa patuhi undang-undang jalan raya terutamanya semasa memandu di waktu hujan. - Foto IPD Rompin
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 15 kemalangan jalan raya direkodkan sekitar daerah Rompin sepanjang enam hari pelaksanaan Op Selamat 19 bermula Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak dua kes masing-masing membabitkan kemalangan maut dan kecederaan parah.

"Sebanyak 11 lagi kes membabitkan kecederaan ringan dan kerosakan kerosakan pada kenderaan

"Kita akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan supaya dapat meminimumkan kes kemalangan dan kematian dalam Op Selamat kali ini," katanya pada Selasa.

Beliau menjelaskan, pemantauan secara berterusan akan dilakukan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daerah Rompin sepanjang Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina 2023.

"Ini bagi memastikan aliran pergerakan lalulintas berjalan dengan lancar dan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemanduan dan sentiasa patuhi undang-undang jalan raya terutamanya semasa memandu di waktu hujan," ujar beliau.