'Boleh guna untuk mandi, cuci baju'

Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye
A
A
A

KAMPAR - Penduduk kampung boleh menggunakan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Ayer Ganda, Gerik, untuk kegunaan luaran sahaja namun bukan untuk tujuan minum.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, masalah arsenik di LRA tersebut masih di tahap rendah dan kalau digunakan untuk mencuci dan mandi ia tidak ada masalah.

"Namun ia tidak selamat bagi tujuan air minuman dan Lembaga Air Perak (LAP) ada membekalkan air bersih buat penduduk," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas hadir melawat Hospital Kampar, di sini, semalam.

Terdahulu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan bertarikh 17 April memaklumkan setakat April masih berlaku pelanggaran arsenik pada sumber air mentah LRA Ayer Ganda apabila kandungan arsenik pada paras 0.027 mg/l berdasarkan laporan LAP dan 0.024 mengikut laporan Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan melebihi had piawaian 0.01 ml/l yang ditetapkan Kementerian Kesihatan berdasarkan Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan.

Justeru, SPAN tidak mempunyai perancangan untuk meneruskan operasi LRA Ayer Ganda, Gerik seperti yang dicadangkan Kerajaan Perak.

Artikel Berkaitan: