'Saya dilarang kembali ke kawasan operasi'

Seorang saksi, Deputi Superintendan S. Sivanganam dilihat pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di Dewan Gemilang, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini. - Foto Bernama
Seorang saksi, Deputi Superintendan S. Sivanganam dilihat pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di Dewan Gemilang, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan, beliau dilarang untuk kembali ke kawasan penemuan kem sementara dan kubur, Wang Kelian sebaik sahaja tempoh kawalan tamat.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Tiga Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, Deputi Superintendan S Sivangnanam berkata, arahan itu dibuat selepas beliau selesai bertugas selama sebulan di kawasan tersebut.

"Oleh kerana Tan Sri tanya, saya jawab. Saya dilarang untuk kembali ke kawasan operasi," katanya yang menjawab soalan Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai.

Norian: Kenapa kamu tidak dibenarkan kembali?

Saksi: Saya tidak mempersoalkan. Arahan komander adalah untuk tidak pergi ke kawasan itu dalam operasi akan datang.

Norian: Siapa komander pada masa itu?

Saksi: Datuk Nasir.

Norian: Adakah kamu tahu bahawa ada tindakan selanjutnya telah diambil?

Artikel Berkaitan:

Saksi: Saya tidak tahu. Sebaik sahaja kami meninggalkan kawasan operasi, berada di kawasan tersebut dan kembali ke pangkalan di Bidor.

Sivangnanam yang bersara pada Julai 2016 berkata, beliau menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali sehari selepas penemuan kem itu bagi menyalurkan maklumat.

"Maklumat mengatakan seseorang ada individu bernama Aziz atau Azim berpenyakit kulit yang menjalankan perniagaan di Arked Wang Kelian menjadi orang tengah.

"Risikan saya mendapati memang individu tersebut wujud dan kedainya berhampiran dengan CIQ," katanya.

Tambahnya, sebanyak lapan nama disebut oleh pemberi maklumat tersebut.

"Saya serahkan nama dalang dan maklumat hasil sumber itu kepada Ketua Polis Perlis dan Kedah serta Unit Risikan Batalion PGA," katanya.

Prosiding di hadapan tujuh panel RCI yang dipengerusikan oleh Tun Ariffin Zakaria ditangguhkan dan bersambung Isnin.