MBSA terima tiga anugerah MIPPEA2022

Nor Fuad (lapan dari kanan) bergambar bersama pegawai MBSA selepas menerima tiga anugerah dalam MIPPEA2022 di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada Isnin.
Nor Fuad (lapan dari kanan) bergambar bersama pegawai MBSA selepas menerima tiga anugerah dalam MIPPEA2022 di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima tiga anugerah dalam 'Malaysia Institute of Planner (MIP) Planning Excellence Awards (MIPPEA2022).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, MBSA menerima dua anugerah perak bagi tajuk 'Shah Alam Low Carbon City Action Plan 2035' dan ‘Art Inspired Living’.

Menurutnya, anugerah gangsa pula bagi tajuk "Discover The Shah Alam VLR: Local Strategic Planning Tool At The International Level Strategic Planning'.

"Anugerah MIPPEA 2022 anjuran MIP bertujuan memberi penghargaan kepada projek yang menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam perancangan, reka bentuk dan pembangunannya.

"Ia sekali gus membawa impak positif dan faedah ketara kepada orang ramai dan persekitaran keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Shahrin berkata, anugerah itu diterima Datuk Bandar MBSA, Dr Nor Fuad Abdul Hamid dan juga Timbalannya, Ir Cherami Tarman dalam satu majlis di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada Isnin.

"Melalui penganugerahan ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan dorongan kepada MBSA untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada komuniti dan juga pemegang taruh," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: