Tempoh perkhidmatan ahli majlis PBT dilanjutkan

Saarani (Kenyataan akhbar Menteri Besar Perak)
Saarani (Kenyataan akhbar Menteri Besar Perak)
A
A
A

IPOH - Tempoh perkhidmatan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dilanjutkan sehingga 15 Februari 2023.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu diputuskan di dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Perak pada Rabu.

Menurutnya, pelantikan baharu bagi semua jawatan ahli majlis berkenaan akan berkuat kuasa mulai 16 Februari 2023.

"Mesyuarat Exco Kerajaan Perak hari ini telah membuat keputusan bahawa tempoh perkhidmatan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, ahli majlis perbandaran dan ahli majlis daerah dilanjutkan sehingga 15 Februari 2023.

"Proses pelantikan baharu bagi semua jawatan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, ahli majlis perbandaran dan ahli majlis daerah sedang dijalankan," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Saarani dalam sidang akhbarnya memaklumkan semua ahli majlis PBT dan ketua kampung di negeri Perak yang dilantik sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan mereka.

Jelasnya, penamatan perkhidmatan itu berkuat kuasa 31 Disember lepas melalui satu pekeliling melibatkan semua pemegang jawatan terlibat.

Artikel Berkaitan: