'King' terbabas selepas langgar jentera bomba

Sebuah Perodua Myvi terbabas setelah melanggar jentera bomba sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.
Sebuah Perodua Myvi terbabas setelah melanggar jentera bomba sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - [KEMAS KINI] Gara-gara memasuki laluan secara tiba-tiba, sebuah Perodua Myvi melanggar sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi kenderaan lain dalam kejadian di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.38 pagi.

"Siasatan dijalankan mendapati ketika kejadian, Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berumur 42 tahun itu datang dari susur kiri lebuh raya dan melanggar jentera bomba tersebut.

"Akibat perlanggaran itu, Perodua Myvi itu kemudiannya terbabas lalu melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, kemalangan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Sebuah jentera bomba yang dilanggar Perodua Myvi dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.
Sebuah jentera bomba yang dilanggar Perodua Myvi dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Isnin.

"Siasatan mendapati jentera tersebut dari Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Jalan Tun, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Bahagian Kejuruteraan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur di Bandar Kinrara bersebelahan IPD Serdang untuk dibaik pulih.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).