LPHS peruntuk RM1.2 juta baik pulih bumbung rosak

Izham (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pandan dan Pertubuhan Baihu Malaysia di sini pada Ahad.
Izham (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pandan dan Pertubuhan Baihu Malaysia di sini pada Ahad.
A
A
A

PANDAN INDAH - Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi kerja baik pulih bumbung lima blok Flat Sri Angsana Hilir, Kampung Pandan yang mengalami kerosakan teruk sejak tahun 1980-an.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, projek menggunakan peruntukan 'Skim Ceria' itu dijangka siap sepenuhnya pada April depan.

Menurutnya, pada masa ini, kerja baik pulih itu sedang dijalankan bagi memastikan bumbung rosak dibaik pulih diganti segera.

"Kerja baik pulih ini melibatkan lima blok bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk yang menetap di sini," katanya ketika ditemui pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pandan dan Pertubuhan Baihu Malaysia di sini pada Ahad.

Izham berkata, masalah sama turut membelenggu penduduk yang menetap di empat blok lain di flat berkenaan.

Katanya, perkara itu dipandang serius dan pihaknya juga sedang mendapatkan peruntukan bagi kerja baik pulih tersebut.

"Saya difahamkan keadaan kerosakan bumbung di semua blok flat berkenaan sudah lama dan perlu dibaiki kerana tidak mahu penduduk berada dalam keadaan tidak selamat," katanya.

Artikel Berkaitan: