Covid-19: 320 kes baharu, tiga kematian

Malaysia merekodkan 320 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 320 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jangkitan baharu Covid-19 di dalam negara kekal berada di paras bawah 1,000 kes apabila merekodkan hanya 320 penularan pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, 318 daripadanya adalah kes tempatan manakala dua lagi adalah kes import.

Menerusi laman sesawang KKMNOW, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan tersebut di dalam negara kepada sebanyak 5,032,146.

Sementara itu, negara masih mempunyai 10,937 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dengan 95 peratus daripadanya atau 10,844 adalah kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Terdapat 453 atau 4.1 peratus sedang mendapatkan rawatan di hospital sementara unit rawatan rapi (ICU) pula 15 dan memerlukan alat bantuan pernafasan (15).

Setakat ini, kadar penggunaan wad ICU berada pada paras 60.5 peratus, alat bantuan pernafasan (37.8 peratus) dan katil hospital (74.8peratus).

Dalam pada itu, negara melaporkan sebanyak tiga kes kematian akibat jangkitan pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan korban di negara kepada sebanyak 36,908 kes dengan 7,861 daripadanya kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Artikel Berkaitan: