DVS ambil tindakan isu anjing terbiar di pusat kurungan

Sebelum ini tular gambar dan video anjing-anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan anjing di negeri Selangor.
Sebelum ini tular gambar dan video anjing-anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan anjing di negeri Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengambil tindakan susulan mengenai video tular berkenaan pengurusan anjing-anjing terbiar di Pusat Kurungan Anjing Terbiar kendalian Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Akma Ngah Hamid berkata, DVS mengeluarkan Notis Penambahbaikan di bawah Seksyen 25 Akta 772 dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Notis Penambahbaikan) 2020 kepada pihak MPKL.

Oleh demikian, ujarnya, MPKL telah menyerahkan kesemua anjing kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang memohon untuk menjaga anjing-anjing tersebut.

“Pada 9 Januari 2023, sepasukan pegawai kebajikan haiwan dari DVS Selangor telah turun ke Pusat Kurungan Anjing Terbiar kendalian MPKL yang beralamat di Tapak Semaian Jabatan Landskap MPKL, Jalan Mahkamah 42700 Banting, Selangor.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati 94 ekor anjing pelbagai jantina dan umur diletakkan di dalam tujuh (7) bilik berasingan. Anggaran keluasan setiap bilik adalah 30 kaki persegi.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati bilangan anjing yang diletakkan di dalam bilik tersebut adalah tidak memenuhi keperluan persekitaran kebajikan haiwan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, persatuan berkaitan haiwan dan orang awam diminta untuk menyalurkan aduan sekiranya mengetahui berkenaan kezaliman haiwan dan pengabaian kebajikan haiwan.

Jelasnya, aduan boleh diberikan melalui awa.dvs.gov.my.

Artikel Berkaitan: