Kontraktor direman lima hari buat tuntutan palsu RM444,000

Seorang lelaki (tengah) yang memakai baju lokap berwarna oren direman bermula Jumaat hingga Selasa bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai RM444,000 bermula tahun 2020 lalu.
Seorang lelaki (tengah) yang memakai baju lokap berwarna oren direman bermula Jumaat hingga Selasa bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai RM444,000 bermula tahun 2020 lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang kontraktor direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sebuah institut latihan di Selangor bernilai RM444,000 bermula tahun 2020 lalu.

Majistret Siti Hajar Ali mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 36 tahun yang memakai baju lokap bewarna oren itu direman bermula Jumaat hingga Selasa depan.

Permohonan dibuat bagi siasatan kes tuntutan bayaran palsu kepada pihak institut latihan di negeri ini bagi kerja sebut harga perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat.

Ia turut membabitkan kerja membersih kawasan dan menyelenggara landskap serta kerja-kerja berkaitan, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan bermula September 2020 sehingga April tahun lalu.

Turut hadir dalam prosiding ini ialah pegawai penyiasat kes, Penolong Kanan Penguasa (PKPs), Muhamad Hasri Zakaria manakala suspek tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: