[VIDEO] 30,000 penduduk Rantau Panjang mahu serah memorandum

Seramai lebih 500 penduduk yang terjejas banjir hadir berkumpul beramai-ramai bermula jam 9 hingga 11 pagi bagi menyuarakan perasaan kecewa mereka terhadap projek PLSB Sungai Golok di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Jumaat.
Seramai lebih 500 penduduk yang terjejas banjir hadir berkumpul beramai-ramai bermula jam 9 hingga 11 pagi bagi menyuarakan perasaan kecewa mereka terhadap projek PLSB Sungai Golok di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Jumaat.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Lebih 30,000 penduduk di sini mahu serah memorandum kepada kerajaan bagi mendesak kajian semula dilakukan keatas projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Tindakan tersebut ekoran banjir yang disifatkan luar biasa berlaku sejak pembinaan benteng dan telah menenggelamkan 62 buah kampung di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun hanya tujuh buah kampung sahaja yang terselamat daripada musibah itu semasa musim tengkujuh melanda pertengahan Disember lalu.

Pengerusi Perhimpunan Aman Penduduk Rantau Panjang, Zaril Yakob berkata, pihaknya akan mengumpulkan tanda tangan dan salinan kad pengenalan kesemua penduduk yang terjejas banjir untuk dilampirkan dalam memorandum tersebut.

"Sebaik sahaja semua ini selesai pada hujung bulan ini kita akan serah kepada kerajan dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

"Pembinaan benteng tersebut perlu dikaji semula dan kami merayu kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim supaya dapat turun padang melihat sendiri apa yang berlaku," katanya semasa sidang akhbar selepas perhimpunan aman yang diadakan di Kampung Tersang di sini, pada Jumaat.

Seramai lebih 500 penduduk yang terjejas banjir hadir berkumpul beramai-ramai bermula jam 9 hingga 11 pagi bagi menyuarakan perasaan kecewa mereka terhadap projek PLSB Sungai Golok.

Menurut beliau, selain banjir luar biasa penduduk juga perlu berdepan dengan banjir termenung yang panjang.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, sejak 18 Disember lalu hingga Jumaat beberapa buah kampung di sini masih dilimpahi air dan terdapat tiga buah rumah menunggu masa untuk roboh disebabkan banjir tersebut.

Wakil penduduk, Mohd Nazan Hussin, 49, berkata, benteng seharusnya dibina di jajaran Sungai Golok dan bukannya Sungai Lanchang sepertimana yang berlaku sekarang.

Dia memberitahu, Sungai Lanchang merupakan kawasan takungan dan laluan air.

Ujarnya, apabila benteng dibina ia menyebabkan laluan air tersekat sehingga menyebabkan banjir luar biasa berlaku.

"Kawasan di sini sudah biasa banjir setiap kali musim tengkujuh tetapi tidak sampai tenggelam bumbung.

"Kejadian ini menyebabkan kerugian yang banyak dan menjejaskan kehidupan penduduk kerana ramai dalam kalangan mereka ialah petani, penoreh dan bekerja sendiri," katanya.