Banjir kilat: Mangsa meningkat 71 orang

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir kilat di sekitar Kampung Kemat, Hulu Terengganu meningkat kepada 71 orang pada pagi Jumaat berbanding 43 orang Khamis.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 8 pagi, sebanyak 23 keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) balairaya Kampung Kemat.

"Keadaan cuaca sekarang mendung dan hujan di beberapa tempat. Maklumat berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Difahamkan, peningkatan jumlah penduduk di PPS merupakan langkah awal sekiranya berlaku hujan lebat pada waktu malam yang menyukarkan operasi memindahkan mangsa.

Bagaimanapun katanya, banjir kilat yang melanda kawasan tersebut pada Khamis dilaporkan sudah pun surut.

Mereka dijangka pulang ke rumah masing-masing pada tengah hari nanti bergantung kepada keadaan semasa.

Artikel Berkaitan: