KBS tambah lokasi skin besar tonton aksi Thailand-Malaysia

HANNAH YEOH. FOTO: SINARHARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
HANNAH YEOH. FOTO: SINARHARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menambah 11 lagi lokasi skrin besar bagi tayangan pertembungan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, malam esok.

Penambahan tersebut menjadikan sebanyak 25 lokasi di seluruh negara dipilih bagi menayangkan aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasar, Pathum Thani, berbanding 14 lokasi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi berkenaan termasuklah Dataran Merdeka di sini; Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan; Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu dan Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam satu ciapan di laman Twitter, pada Isnin.

"Berita baik! Lokasi Big Screen @KBSMalaysia telah diperluaskan ke 25 lokasi untuk perlawanan Thailand vs Malaysia esok. Labuan pun ada. Tolong RT (retweet) dan enjoy!,” katanya.

Harimau Malaya menang tipis 1-0 ke atas ‘Gajah Perang’ pada aksi separuh akhir pertama menerusi jaringan pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim, pada minit ke-11.

Berikut merupakan senarai 25 lokasi skrin besar:

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
Artikel Berkaitan:


Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis

Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar, Kedah

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang

Dataran KTM, Ipoh, Perak

Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Selangor

Dataran MPKJ @ Stadium Kajang, Kajang, Selangor

Dataran Sungai Tua, Batu Caves, Selangor

Pekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor

Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor

Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Dataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pula Melaka, Melaka

Dataran Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Taman Kerang, Kuantan, Pahang

Pasar Dinda, Kuantan, Pahang

Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang

Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan

Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu

Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor

Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak

Container City, Wireless Walk, Miri, Sarawak

Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

Dewan Arena Bukit Kuda, Labuan

- Bernama.