Tukar minyak hitam percuma untuk mangsa banjir

PBS Daerah Pasir Mas dengan kerjasama IKBN Bachok meringankan beban mangsa banjir dengan menawarkan perkhidmatan tukar minyak hitam motosikal percuma di Lubok Jong, Pasir Mas pada Ahad.
PBS Daerah Pasir Mas dengan kerjasama IKBN Bachok meringankan beban mangsa banjir dengan menawarkan perkhidmatan tukar minyak hitam motosikal percuma di Lubok Jong, Pasir Mas pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok meringankan beban mangsa banjir dengan menawarkan perkhidmatan tukar minyak hitam motosikal percuma di Lubok Jong di sini pada Ahad.

Penolong Pegawai PBS Pasir Mas, Nazatul Asma Ariffin berkata, khidmat tersebut adalah merupakan antara usaha yang dilakukan mereka sepanjang pasca banjir di kawasan yang terjejas teruk.

"Alhamdulillah untuk siri kedua ini seramai 200 mangsa banjir berjaya dibantu, terutama yang melibatkan motosikal tenggelam air dan pelbagai kes lagi.

"Untuk siri pertama, kita telah mengadakan khidmat ini di Pasir Puteh juga merupakan antara jajahan yang teruk terkesan banjir," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, perkhidmatan tersebut boleh meringankan beban mangsa banjir sekitar RM20 hingga RM30.

Ujarnya, ia melibatkan seramai 35 sukarelawan Anak Muda Malaysia (Satria) daripada IKBN Bachok dan PBS Pasir Mas.

Nazatul Asma memberitahu, khidmat tersebut bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Untuk siri ketiga pula ia akan diadakan di jajahan Bachok dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Berkaitan: