Howe pertahan pemilihan pemain

Eddie Howe
Eddie Howe
A
A
A

PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe mempertahankan pemilihan kesebelasan utama The Magpies ketika disingkirkan 1-2 oleh kelab liga bawahan, Sheffield Wednesday dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Hillsborough.

Namun Howe menegaskan ketumpulan penyudah jentera serangan pelawat menyaksikan deretan percubaan dan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sepanjang perlawanan tersebut.

"Ya, kami terdesak untuk memenangi perlawanan penting ini dan pasukan ini saya percaya cukup kuat untuk melakukannya, namun mengakui aksi di padang tidak selari dengan diinginkan pasukan.

"Kami sedar bahawa pasukan ini bukan skuad paling mantap. Kami skuad ringan pada nombor tetapi tinggi pada kualiti. Kami memberi peluang kepada beberapa pemain yang tidak mempunyai banyak minit musim ini, dan saya fikir ada positif dan negatif dalam prestasi mereka.

"Kami sangat kecewa apabila tersingkir kerana kami mencipta deretan peluang yang mencukupi untuk memenangi perlawanan. Penjaga gol mereka melakukan beberapa penyelamatan yang hebat, namun kami tidak cukup klinikal," kata Howe.

Josh Windass meledak dua gol untuk Wednesday pada minit ke-52 dan 65, manakala pemain gantian Bruno Guimarães tampil gol penyamaan buat Newcastle di minit 69.

Newcastle beraksi tanpa Allan Saint-Maximin, yang menarik diri pada malam sebelum perlawanan kerana sakit, namun Howe memberi permulaan kepada penyerang Alexander Isak yang kembali cergas, yang bermain 45 minit sekembalinya daripada kecederaaan paha selama empat bulan.

"Kami mempunyai skuad yang sangat kecil dan perlu melindunginya untuk perlawanan akan datang. Perlawanan Leicester City (suku akhir Piala Liga) sudah hampir dan kami memilih pasukan berdasarkan ini dalam fikiran.

Artikel Berkaitan:

"Jika permainan itu tidak ada, pemilihan pasukan mungkin berbeza. Kami cuba mengimbangi segala-galanya.

"Kami tidak banyak mengalami kekalahan musim ini dan ia sangat menyakitkan, anda tidak mahu kalah dalam sebarang perlawanan. Kami berazam untuk bermain dengan baik dalam pertandingan ini tetapi ia tidak menjadi, dan sentiasa ada perkara untuk dipelajari," katanya.