'Fernandes tak layak jadi kapten United' - Sutton

Fernandes (kanan) mempertikaikan keputusan pengadil ketika tewas kepada Tottenham Hotspur baru-baru ini.
Fernandes (kanan) mempertikaikan keputusan pengadil ketika tewas kepada Tottenham Hotspur baru-baru ini.
A
A
A

BRUNO Fernandes tidak sepatutnya menjadi kapten Manchester United, menurut bekas bintang Liga Perdana Inggeris, Chris Sutton.

Pemain berusia 28 tahun itu telah dikritik berikutan kekalahan 0-2 The Red Devils menentang Tottenham Hotspur selepas Fernandes secara terbuka mahu pengadil perlawanan meminta maaf kepada pasukan itu.

Pemain antarabangsa Portugal itu tidak berpuas hati apabila United tidak dihadiahkan penalti selepas percubaan Alejandro Garnacho terkena lengan Cristian Romero.

Insiden itu telah disemak oleh VAR tetapi tiada tindakan diambil dan Michael Oliver meneruskan permainan.

"Sama sekali tidak (pengadil tidak boleh dipersalahkan). Bagi saya, Bruno Fernandes tidak sepatutnya menjadi kapten Manchester United. Sama sekali tidak kerana dia bukan seorang pemimpin.

“Ini mengenai memikul tanggungjawab sebagai kapten. Perkara utama ialah Manchester United seperti pasukan yang masih terperangkap dalam pramusim dan dia perlu hadir dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang lebih baik - tidak menyalahkan pengadil," katanya.

Fernandes dipertanggungjawabkan memakai lilitan kapten pada 20 Julai selepas Erik ten Hag memecat Harry Maguire daripada jawatan itu.

Maguire menjadi kapten selama tiga tahun setengah tetapi tidak mendapat temapt di bawah kendalian ten Hag dan diturunkan sebagai bek tengah pilihan keempat di Old Trafford.

Artikel Berkaitan: