Permulaan baik Kelantan United ke pusingan kedua Liga Super

Nazrulerwan - Foto Kelantan United
Nazrulerwan - Foto Kelantan United
A
A
A

PENOLONG jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor menyifatkan kemenangan 4-1 yang diraih ke atas Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu menjadi tonik terbaik buat pasukannya untuk mengharungi pusingan kedua Liga Super selepas ini.

Nazrulerwan berkata, momentum kemenangan itu perlu terus dikekalkan bagi memastikan Sang Kijang Hijau memperbaiki kedudukan dalam carta liga musim ini.

"Kita faham dalam pentas Liga Super kalau kita tidak beri tumpuan 100 peratus pasukan akan dikecewakan

"Kelantan United menutup tirai pusingan pertama dengan kemenangan dan saya harap semangat ini dikekalkan dan dibawa ke pusingan kedua nanti," ujarnya.

Menurut beliau, barisan pemain diingatkan supaya tidak berpuas hati dengan kemenangan sulung itu.

Katanya, beliau mahu kesilapan mudah diperbaiki segera bagi mengelakkan pasukan terus keciciran mata.

Dalam pada itu, Nazrulerwan mengakui gembira Kelantan United berjaya melakar kemenangan sulung.

"Kemenangan itu cukup manis apabila kami terpaksa menunggu selama enam bulan untuk mengecapinya," ujarnya.