Henti normalisasi penderaan fizikal sebagai pematuhan tingkah laku

Ciapan Twitter Hannah pada Isnin mengenai insiden jurulatih menampar pemainnya dalam satu kejohanan bola tampar.
Ciapan Twitter Hannah pada Isnin mengenai insiden jurulatih menampar pemainnya dalam satu kejohanan bola tampar.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia digesa berhenti menormalisasikan penderaan fizikal sebagai cara pematuhan tingkah laku.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ia adalah salah apabila dilakukan kepada kanak-kanak, atlet, pasangan atau pembantu rumah.

"Baca komen mengenai insiden tampar oleh jurulatih bola tampar mengatakan adalah salah untuk menampar perempuan.

"Menampar budak lelaki juga salah. Malah, menampar sesiapa adalah salah," tegasnya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan individu dipercayai jurulatih sebuah pasukan bola tampar yang menampar pemainnya.

Kejadian itu difahamkan berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Dalam video yang disiarkan secara penstrimen langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Jurulatih berkenaan selepas itu dilapor digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

Artikel Berkaitan: