Miti, Microsoft berkolaboratif tubuhkan pusat kecerdasan buatan bagi industri masa depan

Darrel (kiri) dan Hossein ketika bertemu di ibu pejabat Microsoft yang terletak di Redmond, baru- baru ini.
A
A

SELARAS dengan matlamat Malaysia untuk menjadi destinasi industri berteknologi tinggi menjelang 2025, Mimos Bhd (Mimos), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Microsoft menubuhkan pusat Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia yang dinamakan Pusat Kecerdasan Buatan bagi Industri Masa Depan (CAIFI).

Kerjasama strategik itu menandakan komitmen kedua-dua pihak untuk mempercepatkan peralihan negara ke arah pengkomputeran awan sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara pertama digital seperti yang disusun mengikut Dasar Kebangsaan Mengenai Industri 4.0.

Perkongsian antara Mimos dan Microsoft telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking semasa lawatannya ke ibu Pejabat Microsoft di Redmond, Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Misi Perdagangan dan Pelaburan Kementerian, baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, Darell berkata, CAIFI akan menjadi platform terhadap inisiatif pembangunan keupayaan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan alat yang diperlukan bagi meningkatkan kecerdasan dan memanfaatkan teknologi moden AI di Malaysia.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia