Polis Langkawi keluar 164 saman kepada pemilik motosikal

Seorang anggota trafik memeriksa motosikal ketika Operasi Bersepadu Bersama JPJ Langkawi di Tanjung Lembung pada Jumaat.
Seorang anggota trafik memeriksa motosikal ketika Operasi Bersepadu Bersama JPJ Langkawi di Tanjung Lembung pada Jumaat.
A
A
A

LANGKAWI - Sebanyak 164 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan daripada jumlah 300 buah motosikal yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Bersama JPJ Langkawi di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, operasi bersepadu itu diadakan di Tanjung Lembung, Langkawi bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Katanya, ia melibatkan seorang pegawai dan 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi serta dua pegawaj dan 11 anggota daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Langkawi.

Sebanyak 300 buah motosikal diperiksa dalam operasi terbabit.
Sebanyak 300 buah motosikal diperiksa dalam operasi terbabit.

"Sebanyak 300 buah motosikal diperiksa dan 164 saman dikeluarkan atas 168 kesalahan termasuk tiada lesen (13 saman) tiada nombor pendaftaran (70), Lesen kenderaan Motor tamat tempoh ( 1) dan tiada cermin sisi (38)

"Selain itu, saman lain yang dikeluarkan ialah ubah suai kenderaan (29 saman), tidak pamer L (1) dan ubah suai ekzos (16 saman)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shariman berkata, JPJ juga telah mengeluarkan sejumlah 42 saman dan 55 notis atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan: