SWCorp kesan 74 lokasi sampah haram

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Antara lokasi sampah haram yang telah dibersihkan dan dipasang tanda amaran.
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Antara lokasi sampah haram yang telah dibersihkan dan dipasang tanda amaran.
A
A
A

SEREMBAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan mengesan 74 lokasi hot spot sampah haram di negeri ini.

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, 54 daripadanya telah dibersihkan dan pemantauan, manakala bakinya dalam proses pembersihan.

"Sekiranya dapat dikenal pasti pelaku yang melakukan pembuangan sampah di tempat yang tidak sepatutnya, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007).

"Ia membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penemuan longgokan hiasan ayat al-Quran di kawasan Perindustrian Arab Malaysian, di Nilai pada Selasa lepas, Mohd Zahir berkata, terdapat dua longgokan sisa sampah lain di lokasi itu iaitu terdiri daripada sisa binaan dan sisa domestik.

"Sisa tersebut adalah dalam kategori sampah longgok, kerana lokasi tersebut bukanlah lokasi hot spot sampah haram yang telah dikenal pasti.

"Bagaimanapun kami telah ambil tindakan dengan memasang pita kuning di lokasi dan kain rentang amaran sebagai peringatan.

"Buat masa ini, tindakan selanjutnya adalah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)," katanya.

Ujarnya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat atau aduan berkaitan Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-7472.

Artikel Berkaitan: