'Go Green Week' POLISAS berjaya kumpul 468.3 kg sisa pepejal

Penuntut di POLISAS mengumpul pakaian terpakai untuk diserahkan kepada SWCROP sempena program itu.
Penuntut di POLISAS mengumpul pakaian terpakai untuk diserahkan kepada SWCROP sempena program itu.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 468.3 kilogram (kg) sisa pepejal berjaya dikumpulkan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) menerusi program Go Green Week: A Little Help Can Make A Big Change yang bermula 18 Mei lalu.

Pengarah Program Go Green Week POLISAS, Yasmin Adlina Mohd Yusoff berkata, pengumpulan sisa pepejal itu termasuklah pakaian terpakai, minyak masak terpakai, e-waste, dan kertas terpakai.

"Sepanjang program itu, kita berjaya mengumpul (451.3 kg), botol plastik (13.5 kg) dan barangan kaca (3.5 kg).

"Semua sisa yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam)," katanya pada Rabu.

Azad Muslim (tengah) bergambar selepas merasmikan program program Go Green Week: A Little Help Can Make A Big Change di POLISAS.
Azad Muslim (tengah) bergambar selepas merasmikan program program Go Green Week: A Little Help Can Make A Big Change di POLISAS.

Program itu anjuran portfolio Green POLISAS dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang.

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) POLISAS, Azad Muslim Muhammad.

Hadir sama Penolong Pegawai Penguat kuasa, Seksyen Pendidikan Masyarakat, SWCorp Pahang, Ridzuan Indam dan Pengurus Polygreen POLISAS, Anuar Ismail.

Beliau berkata, program ini dilaksanakan bagi memupuk nilai memberi dan keprihatinan di kalangan warga POLISAS terhadap komuniti.

Jelasnya, ia juga dapat memberi pendedahan kepada penuntut dalam menyumbang kelestarian alam sekitar dan membantu golongan yang memerlukan.

"Kita yakin penganjuran ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada pelajar dan meningkatkan kesedaran warga POLISAS berkaitan kitar semula," ujarnya.