Mangsa banjir di seluruh negara menurun

Penduduk kampung memilih pakaian terpakai yang disumbangkan untuk mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh, Rantau Panjang. - Foto Bernama.
Penduduk kampung memilih pakaian terpakai yang disumbangkan untuk mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh, Rantau Panjang. - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 1,524 orang membabitkan 315 keluarga setakat jam 4 petang, Rabu berbanding 1,723 pada sebelah tengah hari.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), mangsa banjir di Sabah mula menurun kepada 1,454 berbanding 1,589 orang.

Penurunan yang berlaku di negeri itu melibatkan 298 keluarga yang berada di dua daerah.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir masih kekal semenjak tengah hari tadi iaitu 53 orang dari satu daerah membabitkan 12 keluarga.

Sementara itu, Kelantan juga mencatatkan perkara yang sama dengan seramai lima keluarga yang terdiri daripada 17 orang masih kekal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di satu daerah.

Artikel Berkaitan: