Mangsa banjir di lima negeri menurun

Zauyah Deraman, 36, yang merupakan orang kurang upaya fizikal membersihkan rumahnya yang ditenggelami banjir, baru-baru ini di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan. - Foto Bernama
Zauyah Deraman, 36, yang merupakan orang kurang upaya fizikal membersihkan rumahnya yang ditenggelami banjir, baru-baru ini di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus mencatatkan penurunan iaitu hanya melibatkan 1,982 individu melibatkan 459 keluarga setakat jam 4 petang pada Selasa.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Sabah masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,606 individu melibatkan 359 keluarga dan ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

Kelantan pula merekodkan sebanyak 209 mangsa melibatkan 68 keluarga dan dipindahkan di tiga PPS di Pasir Mas.

Sebanyak 64 mangsa daripada 10 keluarga di Sarawak turut terjejas akibat bencana tersebut, manakala Terengganu seramai 53 mangsa.

Perak pula mencatatkan negeri paling rendah iaitu 50 mangsa daripada 10 keluarga.

Mangsa di ketiga-tiga negeri tersebut telah dipindahkan ke satu PPS di negeri masing-masing.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 2,586 orang melibatkan 668 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Selasa berbanding 2,655 pada sebelah pagi.

Artikel Berkaitan: