[VIDEO] Banjir: Kementerian Kewangan gesa GLC bantu rakyat

MACHANG - Kementerian Kewangan menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membantu rakyat yang ditimpa musibah melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, syarikat di bawah kementerian itu perlu proaktif melaksanakan CSR tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian.
"Saya berpandangan syarikat dan agensi yang mengutip hasil seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) perlu terlibat dengan melakukan CSR pada rakyat.
"Ini antara contoh kecil, saya turun padang dan mereka (Kastam) membantu rakyat yang ditimpa musibah dengan memberikan bantuan barangan keperluan berbentuk beras serta kain batik," katanya semasa sidang akhbar pada Program Penyampaian Bantuan Bencana Banjir di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang di sini pada Selasa.