Mangsa banjir menurun kepada 2,586

Gambar hiasan (Gambar kecil: Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara.)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara.)
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 2,586 orang melibatkan 668 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Selasa berbanding 2,655 pada sebelah pagi.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kelantan merekodkan trend penurunan mangsa kepada 632 berbanding 718 orang.

Penurunan yang berlaku di negeri itu membabitkan 218 keluarga yang berada di satu daerah.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir masih kekal semenjak pagi tadi dengan 138 orang dari satu daerah membabitkan 41 keluarga.

Pada masa yang sama, di Perak, mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 62 orang membabitkan 13 keluarga dalam satu daerah.

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat daripada 1,589 kepada 1,606 orang di tiga daerah membabitkan 359 keluarga.

Sabah mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi buat masa ini daripada 1,589 kepada 1,606 orang.

Peningkatan yang berlaku di Sabah membabitkan 359 keluarga yang berada di tiga daerah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Sarawak turut merekodkan peningkatan kepada 148 berbanding 91 mangsa di dua daerah membabitkan 37 keluarga.