Korban HTMS Sukhothai meningkat 21 orang

Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari lapan lagi kelasi yang hilang. - Foto: AFP
Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari lapan lagi kelasi yang hilang. - Foto: AFP
A
A
A
BANGKOK - Dua lagi mayat ditemukan dalam tragedi kapal perang Thailand karam ketika ribut di Teluk Thailand pada 18 Dis.

Setakat jam 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Selasa, Tentera Laut Thailand telah menemukan 21 mayat kelasi yang hilang.

Jurucakap Tentera Laut Pogkrong Montradpalin berkata operasi mencari lapan lagi kelasi yang hilang masih diteruskan.

"Pagi ini kami menemukan dua mayat lagi. Proses bedah siasat dan pengecaman akan mengambil masa kira-kira tiga atau empat hari,” katanya.



Pada 18 Disember, kapal HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin sebelum karam di 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan) pada 18 Disember.

Sementara itu, Tentera Laut berikrar untuk menjalankan siasatan terperinci dan memberikan penjelasan penuh mengenai tragedi itu tidak lama lagi. - Bernama
Artikel Berkaitan: