Mangsa banjir terus menurun kepada 3,499 orang

Penduduk Che Ali Che Mud, 60, membersihkan halaman rumah susulan kejadian banjir baru-baru ini selepas air mulai surut ketika tinjauan Kampung Tersang, Rantau Panjang, pada Isnin. - Foto Bernama
Penduduk Che Ali Che Mud, 60, membersihkan halaman rumah susulan kejadian banjir baru-baru ini selepas air mulai surut ketika tinjauan Kampung Tersang, Rantau Panjang, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus mencatatkan penurunan kepada 3,499 orang melibatkan 975 keluarga setakat jam 4 petang Isnin.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Sabah mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di mana melibatkan 1,647 mangsa daripada 371 keluarga.

Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan empat daerah di negeri berkenaan.

Kelantan pula mencatatkan jumlah 1,511 mangsa melibatkan 515 keluarga yang mana mereka ditempatkan di enam PPS di dua daerah.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir masih tidak berubah iaitu 84 orang daripada 27 keluarga melibatkan satu PPS di sebuah daerah.

Manakala di Terengganu, dua PPS masih dibuka menempatkan 138 mangsa banjir daripada 41 keluarga.

Di Perak, 62 mangsa banjir daripada 14 keluarga ditempatkan di sebuah PPS.

Artikel Berkaitan: