1,400 KIR Orang Asli terima bantuan bakul makanan

Kira-kira 1,400 ketua isi rumah (KIR) Orang Asli dari lima buah pos di Gua Musang menerima bantuan bakul makanan yang disediakan oleh kerajaan susulan musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.
Kira-kira 1,400 ketua isi rumah (KIR) Orang Asli dari lima buah pos di Gua Musang menerima bantuan bakul makanan yang disediakan oleh kerajaan susulan musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.
A
A
A

GUA MUSANG - Kira-kira 1,400 ketua isi rumah (KIR) Orang Asli dari lima buah pos di sini menerima bantuan bakul makanan yang disediakan kerajaan susulan musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.

Menurut jurucakap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), agihan itu melibatkan 187 KIR di Pos Gob, Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan Pos Bihai (304 KIR).

"Penghantaran bakul makanan ini bermula Ahad sehingga Khamis. Kita mendapat kerjasama daripada Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk penghantaran makanan kepada masyrakat Orang Asli," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, bagaimanapun kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan itu bergantung kepada keadaan cuaca.

Penghantaran bakul makanan ini bermula Ahad sehingga Khamis dan mendapat kerjasama daripada Unit Udara JBPM untuk penghantaran makanan kepada masyrakat Orang Asli.
Penghantaran bakul makanan ini bermula Ahad sehingga Khamis dan mendapat kerjasama daripada Unit Udara JBPM untuk penghantaran makanan kepada masyrakat Orang Asli.

Ujarnya, mengikut perancangan penghantaran bakul makanan ini tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan Unit Udara JBPM terpaksa membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Beliau mendedahkan, penghantaran melalui kenderaan darat tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan jalan teruk selain terdapat runtuhan tanah yang berlaku di antara Pos Balar dan Pos Belatim berhampiran Kampung Dakoh.

"Untuk itu, pihak JAKOA telah berbincang dan bekerjasama dengan pihak JKR Kesedar untuk kerja-kerja pembersihan runtuhan serta pembaikan cerun.

Artikel Berkaitan:

"Namun kerja-kerja di lapangan mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan keadaan jalan yang teruk serta cuaca yang masih buruk sekali gus menyukarkan jentera berat untuk masuk dan sampai ke lokasi kejadian," jelasnya.