Tanah runtuh: SAR ditangguhkan susulan hujan lebat

Suasana di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya ketika tinjauan pada Jumaat. - Foto Bernama
Suasana di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya ketika tinjauan pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini ditangguhkan berikutan hujan lebat pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penangguhan operasi itu dibuat ekoran faktor keselamatan.

"Operasi SAR ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan," katanya ringkas dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan masih tiada tanda-tanda positif selepas lapan jam usaha mencari kanak-kanak lelaki mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm

Operasi SAR yang bermula pada jam 8 pagi Jumaat dijangka akan diteruskan sehingga ke malam bergantung kepada keadaan cuaca.

Artikel Berkaitan: