Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari tingkat lima air terjun

Keadaan di lokasi pencarian mangsa di Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di Besut. - Foto ihsan Bomba
Keadaan di lokasi pencarian mangsa di Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di Besut. - Foto ihsan Bomba
A
A
A

BESUT - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air terjun di Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di sini pada petang Khamis.

Mangsa, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 25, dilaporkan terjatuh ketika membaiki saluran paip di tingkat lima lokasi berkenaan.

Komander Operasi, Mohd Tarmimi Che Musa berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.02 petang pada Khamis.

"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih termasuk anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) serta satu water tender dan dua utiliti dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Situasi semasa air di lokasi pencarian agak mencabar dan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: