Bas elektrik paling banyak, DBKL diiktiraf MBOR

Mohadi bersama Hannah pada pelancaran laluan baharu bas GoKL pada Sabtu.
Mohadi bersama Hannah pada pelancaran laluan baharu bas GoKL pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menggunakan bas elektrik paling banyak di Malaysia.

DBKL menerusi kenyataan berkata, ia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR) yang disampaikan Senior Record Consultant MBOR, Siti Hajar Johor kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 56 bas elektrik digunakan membabitkan 13 laluan perkhidmatan bas bas percuma, GoKL.

"Dua laluan baharu perkhidmatan bas GoKL iaitu Laluan Krim menghubungkan Taman Fadson ke Transit Aliran Massa (MRT) Seri Delima dan Laluan Merah Lembayung dari MRT Jinjang ke Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

"Laluan baharu ini melibatkan tiga Parlimen iaitu Kepong, Segambut dan Batu. Kedua-dua laluan ini telah memulakan perkhidmatannya secara serentak mulai 15 Disember lalu," menurut kenyataan itu.

Penyampaian sijil pengiktirafan MBOR oleh Siti Hajar (kanan) kepada Mahadi (tengah).
Penyampaian sijil pengiktirafan MBOR oleh Siti Hajar (kanan) kepada Mahadi (tengah).

Pada Sabtu telah berlangsung majlis pelancaran laluan baharu bas GoKL dan penyampaian MBOR di Taman Tasik Metropolitan, Kepong.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Pengarah SKS Coach Builders Sdn Bhd, Zaidi Toha selaku kontraktor pengendali bas GoKL.

Artikel Berkaitan: