Lembu tersekat dalam lumpur parit

Lembu terbabit yang tersekat dalam parit dalam kejadian di Kampung Sungai Labu, Sekinchan di sini.
Lembu terbabit yang tersekat dalam parit dalam kejadian di Kampung Sungai Labu, Sekinchan di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seekor lembu yang tersekat dalam parit berlumpur sedalam kira-kira 1 meter terpaksa ditarik menggunakan hos bomba dalam kejadian di Kampung Sungai Labu, Sekinchan di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Pegawai Bomba Mohd Syafarin Jais berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit menarik haiwan itu keluar.

Pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian itu pada jam 6.41 petang.

"Seramai 10 anggota dan pegawai digerakkan ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

"Difahamkan haiwan ternakan itu telah tersekat dalam parit berlumpur itu sejak tengah hari sebelum disedari pemiliknya," katanya.

Bagaimanapun, usaha pemilik menyelamatkan lembu itu menemui jalan buntu dan seterusnya menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

"Lembu jantan berusia sekitar dua tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudiannya diserahkan semula kepada pemiliknya," katanya.

Artikel Berkaitan: