Mangsa banjir Kelantan menurun kepada 1,584 orang

Kawasan kampung di Sungai Lancang di Tersang antara lokasi banjir di Rantau Panjang.
Kawasan kampung di Sungai Lancang di Tersang antara lokasi banjir di Rantau Panjang.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang di negeri ini pada lewat petang Sabtu menunjukkan penurunan kepada 1,584 mangsa berbanding 1,814 pada pagi hari sama walaupun cuaca hujan.

Jumlah itu berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemas kini setakat jam 4.36 petang.

Mangsa-mangsa terjejas daripada 490 keluarga masih lagi ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah itu.

PPS di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, dengan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 712 orang.

Ini diikuti SK Gual Perok (516), SK Kubang Kual (165), PPS Putat 7 (106), Masjid Mukim Padang Licin (57).

Satu PPS di Pasir Mas di SK Kedai Tanjong 28 mangsa.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran iaitu 8.15 meter sehingga 7.15 petang, Sabtu.

Dalam pada itu, pada hari sama, hujan berterusan melanda daerah seperti di Kota Bharu, Rantau Panjang, Tumpat, Kuala Krai dan Pasir Mas.

Artikel Berkaitan: