Mayat mangsa dikenal pasti dibawa keluar dari hospital

Antara van jenazah yang membawa mangsa tanah runtuh meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, pada Sabtu.
Antara van jenazah yang membawa mangsa tanah runtuh meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Mayat mangsa dikenal pasti dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali, dibawa keluar daripada Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, bagi urusan pengebumian.

Van pertama membawa mangsa tersebut dilihat mula meninggalkan Hospital Sungai Buloh pada jam 4.20 petang tadi diikuti van kedua pada jam 4.40 petang tadi.

Van jenazah keempat hingga keenam pula meninggalkan pusat kesihatan tersebut antara jam 5.20 hingga 5.27 petang.

Media bagaimanapun, tidak dimaklumkan mengenai identiti mayat dibawa keluar itu dan destinasi dituju oleh kesemua van tersebut.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Sabtu memaklumkan setakat jam 7 pagi, enam daripada 21 mangsa meninggal dunia dalam kejadian tersebut telah dikenal pasti.

Lima daripadanya merupakan orang dewasa dengan kesemuanya adalah perempuan manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Mangsa meninggal dunia ialah Lim Wei Xin, Hong Mei Jin, Nurul Azmani, Lai Lee Yin, Lai Lee Koo, manakala kanak-kanak terbabit ialah Tong Kai.

Setakat 2 petang tadi, seramai 23 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Genting-Batang Kali manakala 10 orang lagi masih dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.