Pahang tutup sementara tapak perkhemahan di lokasi berisiko

Penutupan itu melibatkan semua tapak perkhemahan yang diuruskan jabatan itu dan pihak operator swasta seperti di Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran dan Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands.
Penutupan itu melibatkan semua tapak perkhemahan yang diuruskan jabatan itu dan pihak operator swasta seperti di Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran dan Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menutup semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi termasuk di lereng bukit dan air terjun mulai Jumaat sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

JKNP dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu melibatkan semua tapak perkhemahan yang diuruskan jabatan itu dan pihak operator swasta seperti di Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran dan Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands.

Langkah itu diambil susulan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.

Ia juga mengambil kira ramalan hujan lebat berterusan yang dikeluarkan di negeri ini.

JKNP sebelum ini telah mengeluarkan notis penutupan semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan pendakian dan semua jenis aktiviti ekopelancongan serta rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal yang diuruskan jabatan itu mulai 1 November lalu susulan musim tengkujuh.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) juga telah mengeluarkan arahan untuk menangguh sebarang aktiviti di kawasan-kawasan berisiko.

Ia susulan ramalan cuaca buruk yang dijangka melanda sebahagian kawasan di negara ini sehingga 20 Disember depan.

MBK dalam kenyataannya berkata, arahan penangguhan aktiviti itu melibatkan kawasan berisiko termasuk di kawasan cerun, pantai dan kawasan kepala air.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aktiviti perkhemahan, sukan, rekreasi dan aktiviti air di kawasan itu perlu ditangguhkan.

"Orang ramai, pengusaha pusat rekreasi serta penganjur aktiviti rekreasi hendaklah mematuhi arahan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," ujarnya.