Dua pelajar lemas di Air Terjun Lubuk Kain

Dua pelajar KKTM Kemaman lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Kain Kuala Jengai pada Jumaat.
Dua pelajar KKTM Kemaman lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Kain Kuala Jengai pada Jumaat.
A
A
A

DUNGUN - Dua pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Kain, Kampung Shukor, Kuala Jengai di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan dua lelaki tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Ridhwan Zawawi, 19, dan Ahmad Syahid Hamdan, 19, dilaporkan pergi berkelah di kawasan air terjun itu bersama 18 rakan.

"Dua mangsa bersama seorang lagi rakan naik ke lokasi kejadian, kedua-dua mereka kemudian terjun ke dalam air sebelum dilaporkan lemas.

"Mayat Muhammad Ridhwan dari Bukit Payong, Marang ditemui pada jam 12.08 tengah hari manakala Ahmad Syahid dari Tok Jembal, Kuala Nerus ditemui 12 minit kemudian.

"Mayat kedua-dua mangsa berjaya dijumpai di lokasi mereka dilaporkan hilang," katanya di sini pada Jumaat.

Baharudin berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia kerana lemas dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.