[VIDEO] Tanah runtuh: Muda Selangor gesa tubuh suruhanjaya siasatan

Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahanFather's Organic Farm, Batang Kali pada Jumaat.
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahanFather's Organic Farm, Batang Kali pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Selangor menggesa pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Muda Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, ini kerana ia merupakan bencana alam yang telah diduga, lebih-lebih lagi dalam keadaan musim tengkujuh kini.

"Namun musibah ini perlu dihadapi bersama dan Muda Selangor akan terus bersama usaha kerajaan dan agensi berkaitan dalam misi pencarian mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

"Sesungguhnya, kejadian ini merupakan bencana alam akibat perubahan cuaca iklim dunia yang ketara," kata Muda Selangor dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muda turut menggesa pihak kerajaan, agensi-agensi terlibat dan masyarakat agar lebih peka dan cakna tentang perubahan iklim ini agar kejadian malang seperti ini tidak berlaku lagi.

Setakat jam 1 tengah hari, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Tempatan (KPKT) dalam ciapan Twitternya melaporkan seramai 16 maut, manakala 17 lagi mangsa masih belum dijumpai.

Artikel Berkaitan: