MGB Berhad, Invest Energy meterai MoU tingkatkan kecekapan guna tenaga di KTIP

A
A
A

MGB memeterai perjanjian bersama Invest Energy Sdn Bhd melalui anak syarikat subsidiari Retro Court Sdn Bhd. Tan Sri Lim Hock San (empat dari kiri) dan Anand Ramakrishnan (empat dari kanan) dan Pengarah-Pengarah Eksekutif dan wakil daripada IESB di Majlis Menandatangani Perjanjian yang bertempat di ibu pejabat LBS.
MGB memeterai perjanjian bersama Invest Energy Sdn Bhd melalui anak syarikat subsidiari Retro Court Sdn Bhd. Tan Sri Lim Hock San (empat dari kiri) dan Anand Ramakrishnan (empat dari kanan) dan Pengarah-Pengarah Eksekutif dan wakil daripada IESB di Majlis Menandatangani Perjanjian yang bertempat di ibu pejabat LBS.

SHAH ALAM - MGB Berhad melalui anak syarikatnya, Retro Court Sdn Bhd (RCSB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Invest Energy Sdn Bhd (IESB) bagi projek Teknologi Kemudahan Utiliti Secara Berpusat (CUF) di Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP).

Menerusi perjanjian tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk bekerjasama dan meneroka potensi reka bentuk, kewangan, pembinaan, operasi, dan penyelenggaraan CUF di KTIP.

RCSB merupakan pemaju dan pengendali tanah perindustrian berat seluas 1,007 ekar di KTIP manakala IESB merupakan pemaju dan juga pelabur di dalam solusi tenaga bersih terkemuka yang melibatkan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga seperti pemulihan sisa haba, biojisim, biogas, tenaga solar, dan sistem janakuasa yang menghasilkan elektrik melalui gabungan haba dan kuasa.

Menurut terma perjanjian, IESB perlu menyediakan gabungan pelbagai utiliti seperti janakuasa, stim dan penyejukan di kawasan yang telah ditentukan oleh RCSB bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan ‘environmental footprint’.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Ibu Pejabat LBS Bina Group (LBS) di Plaza Seri Setia, Selangor.

Sesi menandatangani perjanjian dilakukan oleh Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San, bersama Pengarah Urusan IESB, En. Anand Ramakrishnan disaksikan oleh Pengarah Urusan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan serta Pengerusi dan Pengarah Eksekutif IESB, En. Azizi Bin Meor Ngah.
Sesi menandatangani perjanjian dilakukan oleh Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San, bersama Pengarah Urusan IESB, En. Anand Ramakrishnan disaksikan oleh Pengarah Urusan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan serta Pengerusi dan Pengarah Eksekutif IESB, En. Azizi Bin Meor Ngah.

Artikel Berkaitan:

Pada sesi tersebut, Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San menandatangani bagi pihak RCSB manakala IESB diwakili oleh Pengarah Urusan IESB, Anand Ramakrishnan disaksikan Pengarah Urusan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan serta Pengerusi dan Pengarah Eksekutif IESB, Azizi Meor Ngah.

Perjanjian tersebut akan berkuatkuasa pada 14 Disember 2022 selama satu tahun.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San, berkata, agenda negara ke arah matlamat kelestarian alam sekitar menjadi salah satu keutamaan syarikat.

“Krisis tenaga atau iklim yang berlaku pada negara tidak boleh diabaikan. Kekayaan sumber yang sedia ada di KTIP sekaligus menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk mempertimbangkan kecekapan tenaga dan ‘environmental footprint’ dengan lebih efektif.

“Kami sangat optimis dengan kerjasama yang terjalin bahawa ia akan menawarkan potensi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan positif seiring dengan usaha kami untuk memastikan penghasilan tenaga bersih, mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan kecekapan di KTIP dapat dicapai,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan IESB, Anand Ramakrishnan berkata, pihaknya sangat teruja untuk membangunkan janakuasa tenaga hijau bersepadu dengan MGB di Malaysia.

“IESB akan melakukan pelaburan melalui perkongsian usaha sama dengan Swiss ESG Fund, SUSI Asia Energy Transition yang terletak di Singapura. Projek ini akan terus menyokong matlamat MGB untuk membawa masuk lebih banyak syarikat MNC bertaraf dunia dalam KTIP terutamanya syarikat yang peka terhadap perubahan iklim.

“Kami berkongsi matlamat yang sama untuk menyumbang dan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon pada tahun 2050 ke arah penyahkarbonan,”katanya.