Kukuhkan persefahaman demi KKDW - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menerima kunjungan Mahdzir yang diiringi Rubiah pada petang Rabu. - Foto Facebook Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid menerima kunjungan Mahdzir yang diiringi Rubiah pada petang Rabu. - Foto Facebook Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan menambah baik perancangan dibuat Kementerian Luar Bandar sebelum ini.

Menurutnya, kesefahaman bersama kepimpinan terdahulu juga akan diperkukuhkan bagi meneruskan kelangsungan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

"Petang tadi, saya menerima kunjungan daripada mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid diiringi Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.

"Melalui kesempatan yang ada ini, saya Timbalan Menteri gunakan sebaiknya untuk memperkukuhkan kefahaman kami bagi meneruskan kelangsungan kepimpinan KKDW dan pada masa sama berhasrat untuk menambah baik perancangan yang ada sebelum ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Dalam hantaran sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berkongsi beberapa gambar pertemuan bersama Mahdzir Khalid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengucapkan terima kasih kepada Mahdzir yang telah menerajui Kementerian dengan penuh komited dan melaksanakan tugas dengan baik.

Artikel Berkaitan: