Sekolah 100 tahun jimat elektrik

Warga SK Bukit Jawa yang dinobatkan sebagai pemenang EE Challenge 2022 di Putrajaya.
Warga SK Bukit Jawa yang dinobatkan sebagai pemenang EE Challenge 2022 di Putrajaya.
A
A
A

KOTA BHARU - Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa yang berusia 100 tahun dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Cabaran Cekap Tenaga (EE Challenge) 2022 peringkat kebangsaan anjuran Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya bulan lalu.

Guru Besar SK Bukit Jawa, Fadzilah Sidik berkata, pengiktirafan diterima membuatkan sambutan ulang tahun sedekad itu lebih bermakna buat 1,000 murid dan 76 guru serta kakitangan sekolah itu.

Fadzilah
Fadzilah

“Pencapaian ini hasil dedikasi para guru dan murid-murid di SK Bukit Jawa.

“Mereka melaksanakan langkah penjimatan elektrik antaranya segera menutup suis kipas dan lampu apabila keluar dari bilik darjah, tidak menggunakan langsir supaya pencahayaan semula jadi masuk ke dalam kelas manakala pendingin hawa di bilik guru hanya dibuka selepas jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa (1922-2022), di sini pada Rabu.

Mohd Faez (tengah) diiringi Fadzilah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Muhammad Nasir.
Mohd Faez (tengah) diiringi Fadzilah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Muhammad Nasir.

Majlis dirasmikan oleh Penaung Kelab Alumni SK Bukit Jawa Datuk Sukri Mohamed yang turut dihadiri, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Jawa, Mohd Faez Fauzi.

Fadzilah berkata, sepanjang cabaran selama lapan bulan bermula Februari lalu itu, sekolah berkenaan berjaya menjimatkan penggunaan elektrik per kilowatt jam (kWj) sebanyak 20 peratus dengan penurunan bil berturut-turut selama enam bulan.

Artikel Berkaitan:

“Langkah penjimatan ini akan diteruskan di sekolah dengan bantuan para murid,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berkongsi pencapaian sekolah berkenaan yang melahirkan ramai tokoh termasuk Sukri iaitu seorang peguam tersohor, Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan juga Ahli Jawatankuasa Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan.