Penganggur miliki dadah dipenjara lima tahun, 10 sebatan

Dua anggota SMART gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka atas kesalahan membunuh seorang operator kolam ikan, tujuh tahun lepas. - Gambar hiasan

A
A
A

KUALA PILAH - Seorang penganggur yang pernah menerima hukuman atas beberapa kesalahan berkaitan dadah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Hakim, Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh Rosli Mohamad Jaafar, 41, selepas mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan,pada 20 Julai lalu jam lebih kurang 8 pagi di tangki air Felda Lui Muda didapati dalam milikannya dadah berbahaya yang mengandungi 11.2 gram Heroin dan Monoacetylmorphines.

Berikutan itu tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: