Dua bekas pegawai syarikat didenda RM2 juta, jel setahun

Dua anggota SMART gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka atas kesalahan membunuh seorang operator kolam ikan, tujuh tahun lepas. - Gambar hiasan
Dua anggota SMART gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka atas kesalahan membunuh seorang operator kolam ikan, tujuh tahun lepas. - Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Dua bekas pegawai syarikat Jalatama Management Sdn Bhd (Jalatama), masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan berkaitan aktiviti pasaran modal terkawal tanpa lesen.

Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh masing-masing berusia 47 tahun, Su Eng Kooi dan Yap Choong Seong, didapati bersalah menjalankan urus niaga dalam derivatif tanpa dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC, dalam kenyataan, memaklumkan tertuduh, didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 58 (1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dibaca bersama Seksyen 367(1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai 2011 hinga September 2013.

"Setiap tertuduh disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM1 juta (penjara satu tahun tambahan secara serta-merta) bagi setiap satu daripada dua pertuduhan.

"Mahkamah telah memerintahkan supaya hukuman penjara bagi setiap tertuduh dijalankan secara serentak,” menurut kenyataan itu.

SC mengingatkan orang ramai bahawa berurus niaga dalam derivatif adalah aktiviti terkawal dan ia memerlukan lesen daripada suruhanjaya berkenaan di bawah CMSA.

SC menasihatkan pelabur untuk mengesahkan lesen atau maklumat pendaftaran individu, syarikat dan platform yang menawarkan perkhidmatan atau produk pasaran modal sebelum memutuskan peluang pelaburan.

"Mereka juga harus menyemak Senarai Makluman Pelabur SC yang sentiasa dikemas kini untuk memberi amaran kepada pelabur tentang syarikat atau individu yang dikenal pasti menjalankan aktiviti atau penipuan pelaburan tidak berlesen,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan: